7 Langkah Bermula Sebagai Perunding Hartanah
Mindset
Kepercayaan dan keyakinan mempengaruhi sikap dan tindakan kita. REN harus mempunyai keyakinan bahawa kerjaya dan industri yang diceburinya akan memberikan kepuasan dan kejayaan. Seorang REN juga mesti mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menceburi industri hartanah.
Pengurusan Diri
Pengurusan diri meliputi banyak aspek sama ada cara kita berpakaian, cara berkomunikasi, cara bergaul dan cara menguruskan masa. Ini secara langsung akan meningkatkan keyakinan kita apabila berkomunikasi dengan tuan rumah, pembeli atau penyewa.
Ilmu Asas
Seorang REN wajib mempunyai pengetahuan asas mengenai hartanah kerana masyarakat memandang kita sebagai pakar atau kata lain, REN adalah pemudahcara. Setiap persoalan asas yang ditanya oleh Tuan Rumah dan pembeli perlu dijawab dengan tepat dan mudah difahami.
Gunakan Sistem Dan Latihan
Setiap Agensi akan menyediakan training dan sistem serta membekalkan maklumat yang lengkap kepada Perunding Hartanah untuk mengharungi cabaran di luar. Biasanya Agensi akan mengadakan mesyuarat mingguan bagi memastikan perunding sentiasa dapat dibekalkan dengan maklumat terkini dan berkongsi persoalan dan kemusykilan.
Hadiri Kursus
Walaupun ada pihak menyediakan latihan, namun seorang REN digalakkan untuk menghadiri kursus di luar yang berkaitan hartanah. Saya terlibat dengan seminar yang dianjurkan oleh pihak-pihak bank dan peguam agar lebih memahami skop kerja dan process flow bidang kerja mereka. Perunding Hartanah jugak digalakkan untuk menghadiri kursus yang berkaitan dengan pelaburan hartanah. Ini bertujuan membuka minda dan memberikan input kepada Perunding Hartanah untuk merebut peluang sebagai pelabur hartanah. Malahan ianya juga mengembangkan rangkaian kita sebagai Perunding Hartanah.
Sentiasa Tingkatkan Listing
Perunding Hartanah wajib untuk mengemaskini listing yang sedia ada bagi memastikan rumah yang diiklankan masih available dan belum terjual.Malahan Perunding Hartanah perlu sentiasa tingkatkan listing. Ini kerana semakin banyak listing yang anda miliki. Semakin tinggi potensi untuk Perunding Hartanah menjual rumah yang dimiliki.
Terjun Sekarang
Jika anda benar berminat dan merasakan ianya suatu potensi untuk menjana pendapatan. Memulakan langkah yang pertama memang sukar, namun melalui langkah yang pertamalah anda mampu untuk terus melangkah dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda lakukan. Fokus kepada matlamat anda. Jika semua ilmu sudah anda miliki. Lakukan sahaja, insya-Allah anda pasti berjaya.
“Jika anda boleh memimpikannya, anda boleh melakukannya”
-Walt Disney-